PM: Sistem perolehan keselamatan negara perlu lebih telus
top of page
  • Wartawan Nabalu News

PM: Sistem perolehan keselamatan negara perlu lebih telus



12 Disember 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PUTRAJAYA: Dalam usaha untuk meningkatkan kecekapan dan ketelusan dalam sistem perolehan untuk pasukan keselamatan negara, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa pasukan khas akan diwujudkan bagi mempercepatkan kelulusan perolehan.


Beliau, yang juga merupakan Menteri Kewangan, berkata bahawa Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican akan memantau pasukan tersebut bagi memastikan semua kelulusan dipercepatkan.


Anwar berkata bahawa sistem perolehan untuk pasukan keselamatan negara perlu dirombak agar lebih telus, dan mendapat pandangan dari golongan profesional.


Beliau juga menyatakan bahawa beliau telah berbincang dengan rakan di Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri, dan badan penguatkuasaan, yang menuntut perbelanjaan lebih besar kerana kelengkapan pertahanan terbiar.


"Sistem perolehan agak lemah, nama sistem perolehan tetapi tidak diperoleh. Dia banyak ketirisan... jadi faktanya apa? Ia harus dirombak dan lebih telus, biar golongan profesional berikan pandangan dan kita nilai dari segi Kementerian Kewangan," katanya.dirombak dan lebih telus," ujar Anwar.


Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis perhimpunan bersama warga Kementerian Kewangan di sini hari ini.


Dalam pada itu, Anwar juga menegaskan bahawa kelulusan perolehan untuk pasukan keselamatan negara wajib disegerakan, walaupun telah memasuki akhir tahun, agar mereka dapat melaksanakan tugas dengan baik.


"Walau akhir tahun, kita berikan keputusan (kelulusan) agar mereka teruskan kerja," kata Anwar.


Di samping itu, Anwar merakamkan penghargaan kepada warga Kementerian Kewangan yang menurutnya telah bekerja sebagai satu pasukan dalam tempoh setahun ini untuk membangunkan negara.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page