top of page

PM terima kunjungan hormat Komander US INDOPACOM

  • nabalunews
  • Aug 6, 2025
  • 1 min read

5 Ogos 2025


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Komander United States Indo-Pacific Command (US INDOPACOM), Laksamana Samuel J. Paparo di Perdana Putra.


Beliau berkata, pertemuan itu menjadi platform penting dalam memperkukuh persefahaman bersama serta bertukar pandangan mengenai pelbagai isu serantau.


“Ia khususnya dalam usaha memperhebat kerjasama pertahanan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat.


“Kami turut menyentuh komitmen berterusan Washington dalam memperkukuh kerjasama pertahanan dan diplomasi keselamatan di rantau ASEAN,” katanya menerusi hantaran ringkas di Facebook.


Kunjungan tersebut turut mencerminkan hubungan strategik yang semakin erat antara kedua-dua negara, khususnya dalam konteks keselamatan dan kestabilan serantau.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page