Polis buka dua kertas siasatan terhadap isu Pandora PapersPolis buka dua kertas siasatan terhadap isu Pandora Papers
top of page
  • Writer's pictureIlona Andrew

Polis buka dua kertas siasatan terhadap isu Pandora Papers


16 Okt 2021

Oleh Ilona Andrew


KUALA LUMPUR: Pihak Polis telah membuka dua kertas siasatan terhadap isu Pandora Papers yang mengaitkan beberapa individu Malaysia ternama dalam pendedahan dokumen yang menyimpan rahsia kekayaan tersembunyi dan aktiviti elak cukai.


Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, kenyataan daripada pengadu yang membuat laporan polis juga telah diambil.


Katanya, satu kertas siasatan telah dirujuk ke Bank Negara pada Khamis lalu, manakala satu lagi kertas siasatan akan dirujuk kepada bank pusat pada hari Isnin.


Abd Jalil turut mendedahkan bahawa terdapat empat lagi laporan polis telah dibuat pada hari ini.


Pada 3 Oktober yang lalu, Konsortium Antarabangsa Penyiasatan Awam telah mendedahkan sejumlah data yang dilaporkan melibatkan sekitar 11.9 juta dokumen dan 2.9 terabyte data yang berkait dengan urus niaga rasuah elit global.


Antara rakyat Malaysia yang didakwa terlibat termasuk bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.


Terdahalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob menyatakan bahawa tidak akan ada sebarang campur tangan dari kerajaan jika siasatan dilakukan ke atas isu Pandora Papers.

bottom of page