top of page

Polis Tahan Pengedar Dadah Dan Rampas Harta Bernilai RM2.17 Juta di Kunak

  • nabalunews
  • 4 hours ago
  • 2 min read

ree

2 September 2025


KOTA KINABALU: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki aktif menjalankan aktiviti pengedaran dadah di negeri ini.


Hasil penahanan lelaki terbabit, polis turut berjaya merampas 19 kenderaan termasuk kereta mewah Range Rover dan Nissan Skyline GTR35 serta pelbagai matawang tunai sebanyak RM354,540.


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, suspek berjaya di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak dalam satu operasi khas, 14 Ogos lalu.

ree

Katanya, tangkapan yang dibuat kira-kira jam 6.00 petang itu dilakukan mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 (LLPK), yang membolehkan suspek ditahan lanjut di bawah Seksyen 6(1) akta sama.


“Penahanan suspek membawa kepada sitaan harta terbesar setakat tahun ini dengan anggaran nilai keseluruhan berjumlah RM2,177,890.


“Antara sitaan yang diperoleh termasuk wang tunai pelbagai mata wang, 16 kereta pelbagai jenis, sebuah lori, dua motosikal, barang kemas, jam tangan Rolex, beg tangan berjenama serta mesin pengira wang,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah, di sini, hari ini.


Jauteh berkata, suspek dikenal pasti aktif mengedar dadah di sekitar Kota Kinabalu dan kawasan pantai timur Sabah.


“Malah, siasatan turut mendedahkan bahawa suspek mempunyai rekod lampau di bawah LLPK, selepas pernah dikenakan tahanan di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Simpang Renggam antara tahun 2016 hingga 2018,” katanya.


Sehubungan itu, Jauteh berkata, sepanjang tahun ini, seramai 33 orang pengedar dadah berjaya ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1953 dan LLPK di Sabah.


“JSJN Sabah akan terus agresif dan komited dalam memerangi jenayah pengedaran dadah yang mengancam keselamatan masyarakat.


“Kejayaan ini juga adalah hasil risikan berterusan serta kerjasama orang awam dalam menyalurkan maklumat kepada pihak polis.


“PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat sama ada memiliki, melindungi atau mengedar dadah kerana ia merupakan kesalahan serius di sisi undang-undang.


“Saya menyeru orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dadah melalui Hotline JSJN di talian 012-208 7222,” katanya.


Jauteh berkata, pihaknya akan terus komited memerangi dadah demi melindungi generasi kini dan akan datang, selaras dengan pendirian bahawa dadah adalah musuh nombor satu negara.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page