NABALU NEWS SEDIAKAN RUANGAN BELAJAR BAHASA KADAZANDUSUN DENGAN KERJASAMA UPSI NABALU NEWS SEDIAKAN RUANGAN BELAJAR BAHASA KADAZANDUSUN DENGAN KERJASAMA UPSI
top of page
  • Wartawan Nabalu News

NABALU NEWS SEDIAKAN RUANGAN BELAJAR BAHASA KADAZANDUSUN DENGAN KERJASAMA UPSI


15 Feb 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Portal Nabalu News menyediakan ruangan Belajar Bahasa Kadazandusun setip Isnin, Rabu dan Jumaat bermula 17 Februari ini.


Ruangan Belajar Bahasa Kadazandusun yang dijayakan bersama oleh Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu bertujuan memberi peluang kepada mereka yang berminat belajar Bahasa Kadazandusun terutama generasi muda masyarakat Kadazandusun.

Ini adalah antara usaha Portal Nabalu News untuk membantu kerajaan memartabatkan bahasa ibunda masyarakat Kadazandusun selain memaparkan berita-berita semasa dari dalam dan luar negara.


Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI Dr.Rosliah Kiting berterima kasih kepada portal Nabalu News atas inisiatif mewujudkan ruangan 'Mari Belajar Bahasa Kadazandusun' melalui portal itu.


Dr.Rosliah Kiting

Beliau berkata, pengwujudan ruangan belajar Bahasa Kadazandusun melalui portal berita dan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram pada masa kini dilihat amat bersesuaian kerana kebanyakan generasi muda lebih gemar membaca berita melalui online.


"Saya berharap usaha Nabalu News dan UPSI ini menjadi satu permulaan yang baik ke arah memartabatkan bahasa dan budaya Kadazandusun," katanya ketika dihubungi Nabalu News di sini, hari ini.


bottom of page