top of page

Poster infografik imej pasport, Mykad baharu palsu

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

14 Januari 2026


PUTRAJAYA: Imej reka bentuk pasport dan MyKad baharu yang tular di dalam media sosial bukan imej rasmi dan tidak dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).


Menerusi satu kenyataan, KDN menegaskan rekaan visual itu tidak sahih dan tidak menggambarkan reka bentuk sebenar pasport atau MyKad baharu seperti yang didakwa.


Katanya, segala maklumat rasmi berkaitan reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan pasport dan MyKad akan diumumkan oleh KDN melalui saluran komunikasi rasmi KDN dari semasa ke semasa.


“Orang ramai diingatkan untuk sentiasa mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah dan berautoriti bagi memastikan ketepatan serta kesahihan sesuatu maklumat,” menurut kenyataan itu.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini mengumumkan berkaitan perancangan pelaksanaan pasport dan MyKad baharu pada tahun ini.


KDN berkata, info rasmi dan perkembangan terkini berkaitan perkara ini boleh diperoleh melalui saluran media rasmi serta laman sesawang KDN, jabatan dan agensi kerajaan berkaitan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page