top of page

Prasekolah usia 5 tahun, Darjah Satu 6 tahun mulai 2027

  • nabalunews
  • 18 minutes ago
  • 1 min read

20 Januari 2026


PUTRAJAYA: Kemasukan pendidikan awal kanak-kanak menerusi prasekolah akan bermula pada usia lima tahun manakala kemasukan ke darjah satu pula ditetapkan pada usia enam tahun bermula 2027.


Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 di sini, hari ini.


Bagaimanapun, beliau menjelaskan perubahan itu masih belum diwajibkan kepada ibu bapa pada tahun pertama.


“Maknanya tahun 2027 kita belum bersedia mewajibkan kerana mungkin ada ibu bapa yang masih merasakan anak-anak belum bersedia. Kita tetapkan masih boleh anak-anak yang berusia tujuh tahun untuk masuk Darjah Satu.


"Tetapi kita galakkan ibu bapa yang bersedia daripada sekarang, supaya anak-anak umur lima tahun masuk prasekolah. Prasekolah sekarang ini kita beri tumpuan, seluruh sistem prasekolah itu kita sudah minta Kementerian Pendidikan (KPM) ambil alih dan selaraskan," katanya.


Menurut Perdana Menteri, keputusan itu dibuat bagi mengikut peredaran masa dan tuntutan zaman, selain mengambil kira tahap kesediaan individu.


Ujar beliau, persiapan segera perlu dilakukan KPM dalam menerima perubahan kepada sistem baru pendidikan negara.


"Sebab itu, saya arahkan mulai sekarang hal yang diumumkan itu perlu ada tindakan cepat oleh Kementerian Pendidikan, Kementerian Kewangan serta Kementerian Ekonomi untuk pastikan segala kemudahan asas ditambah," katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page