PRN Melaka: PH umum enam strategi, 32 inisiatif bawah manifestoPRN Melaka: PH umum enam strategi, 32 inisiatif bawah manifesto
top of page
  • Wartawan Nabalu News

PRN Melaka: PH umum enam strategi, 32 inisiatif bawah manifesto


Adly Zahari

11 November 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


MELAKA: Pakatan Harapan (PH) melancarkan Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.


Pengerusi PH Melaka Adly Zahari ketika membentangkan manifesto itu berkata, pelan tindakan itu mengandungi tiga teras utama (Melaka Sejahtera, Melaka Makmur dan Melaka Stabil) dengan enam strategi dan 32 inisiatif.


Beliau berkata, strategi di bawah Teras 1 (Melaka Sejahtera) ialah menjaga kesihatan fizikal dan mental rakyat dari ancaman Covid19 dan meningkatkan taraf kehidupan dan kesejahteraan rakyat.


“Antara inisiatif di bawah Melaka Sejahtera ialah Dana Khas Covid19, Dana Ihsan Covid19, Kad Melaka Sihat, Skim Harapan Rakyat Melaka, Skim Internet Melaka, Skim Perumahan Rakyat Melaka, Dana Ihsan Banjir dan Melaka Digital,” katanya pada majlis pelancaran Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan.


Anwar (tengah) Mohd Sabu dan Lim Guan Eng (kiri).

Adly berkata, strategi Melaka Makmur ialah memperkasa ekonomi Melaka dengan mengukuhkan sektor ekonomi sedia ada dan meneroka sektor baharu bagi menyediakan peluang perniagaan dan pekerjaan serta menarik pelaburan baharu.


Katanya, inisiatif di bawah Melaka Makmur ialah skim peluang pekerjaan rakyat Melaka dengan mewujudkan peluang pekerjaan baharu di Pihak Berkuasa Tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan.


“Dari segi inisiatif sokongan perniagaan pula, dana pemulihan pelancongan Melaka, Skim Mikrokredit Harapan iaitu pinjaman mudah lulus sehingga had RM5,000 untuk usahawan dan usahawanita dan Melaka Berniaga,” katanya.


Beliau berkata, strategi di bawah Teras 3 (Melaka Stabil) pula ialah melaksanakan reformasi pentadbiran bagi menjamin kerajaan Melaka yang stabil, adil, telus dan berintegriti.


“Inisiatif di bawah Melaka Stabil ialah menggubal enekmen anti lompat parti bagi menjamin kestabilan kerajaan, mengiktiraf kedudukan Ketua Pembangkag setaraf Exco.


“Selain itu memberikan hak peruntukan tahunan setara kepada setiap Adun tanpa mengira parti, mewajibkan setiap Adun membuat pengisytiharan harta dan menjadikan amalan tender terbuka sebagai teras proses perolehan negeri,” katanya.


Turut hadir Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Pengerusi PH yang juga Presiden Parti Amanah Negara Mohd Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.


bottom of page