top of page

Program Jelajah Wanita Pakatan Harapan Sabah singgah di Koidupan, Penampang

  • nabalunews
  • Aug 28, 2024
  • 1 min read

28 Ogos 2023


PENAMPANG: Program Jelajah Wanita Pakatan Harapan (PH) Sabah berlangsung di Balairaya Kampung Koidupan, di sini, semalam.


Program di Koidupan ini dianjurkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayan, Jannie Lasimbang yang juga Ketua Wanita Pakatan Harapan Sabah.


Dalam program jelajah ini, turut diadakan penyampaian Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang disempurnakan oleh Pengerusi SKSSR, Kasthuri Patto.


Selain itu, Forum Bina Wanita Negara Maju juga diadakan di mana Ketua Wanita UPKO Pusat, Mohina Sidom turut serta sebagai panelis.


Dalam forum tersebut, Mohina menekankan kepentingan wanita untuk menjadi pemimpin dan melibatkan diri dalam bidang politik.


Pada sebelah petang, siri jelajah diteruskan di Dewan Kampung Warisan, Inanam, yang dihoskan oleh Bronika Sikula.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page