top of page

Program Kesejahteraan Kesihatan di Parlimen pupuk gaya hidup sihat

nabalunews

6 November 2024


KUALA LUMPUR: Program Kesejahteraan Kesihatan yang dilaksanakan di Parlimen bertujuan untuk membudayakan amalan hidup sihat dalam kalangan ahli Parlimen sepanjang tempoh persidangan.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, berharap kempen ini dapat diperluas ke kawasan Parlimen masing-masing, dengan memberi penekanan kepada pentingnya penglibatan ahli Parlimen dalam menyampaikan mesej kesihatan kepada rakyat.


“Kenapa kita lakukan di sini? Supaya ahli Parlimen membawa mesej serta perancangan kami untuk melaksanakan program-program ini di kawasan mereka khususnya melalui jawatankuasa khas kesihatan Parlimen,” katanya dalam sidang media selepas meninjau Program Kesejahteraan Kesihatan di lobi Parlimen di sini, lapor Berita RTM.


Program yang berlangsung sehingga 14 November itu menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk nasihat pemakanan, pengurusan berat badan, penyusuan susu ibu, demonstrasi masakan sihat, pameran, dan ceramah pemakanan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page