top of page

Program Menderma Darah UPKO Prihatin Kali ke-9 di Malleh Square kumpulkan 41 beg darah

  • nabalunews
  • Aug 17, 2024
  • 1 min read

17 Ogos 2024

 

TENOM: Sebanyak 41 beg darah berjaya dikumpulkan pada Program Menderma Darah UPKO Prihatin Kali ke-9 di Malleh Square, di sini, hari ini.

 

Program 3 tahun sekali anjuran UPKO Tenom ini dijayakan dengan kerjasama Pendarah Tenom, Persatuan Etnik Murut Timugon dan Unit Tabung Darah Hospital Tenom Kita.

 

Program ini bertujuan membantu keperluan bekalan darah di unit Tabung Darah Hospital Tenom.

 

Ini kali ke 9 program ini dianjurkan.

 

Pada program kali ini, sebanyak 41 beg darah berjaya dikumpulkan daripada orang ramai yang datang menderma darah.

 

Ketua Bahagian UPKO Tenom, Junik Bajit mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa yang bertungkus lumus memastikan program ini berjalan dengan lancar.

 

"Semoga Tuhan memberkati dan dimurahkan rezeki buat rakan-rakan yang hadir menderma hari ini," katanya.

 

2 Mac lalu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata negara masih memerlukan sekurang-kurangnya 2,000 beg darah secara purata setiap hari untuk memastikan stok bekalan darah mencukupi bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

 

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan akan memperhebatkan usaha mempromosikan kempen derma darah dengan kerjasama Pusat Darah Negara dan St John Ambulans Malaysia.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page