top of page

Program Sejati Madani di Kampung Wonod, Telupid, buahkan hasil lumayan, wajar dicontohi

  • nabalunews
  • Dec 14, 2024
  • 1 min read



14 Disember 2024


TELUPID: Pelaksanaan Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) bagi mengupayakan komuniti melalui aktiviti peningkatan sosioekonomi yang melibatkan semua kampung di seluruh negara, telah membuahkan hasil melalui penanaman sayur menggunakan sistem hidroponik di Kampung Wonod, Telupid.


Ketua Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Beluran, Felix Joseph Saang yang juga Ketua Pemuda UPKO Pusat berkesempatan memenuhi jemputan melawat Projek Sejati Madani itu, baru-baru ini.


Felix mengucapkan tahniah kepada penggerak utama program ini, Emmanuel Atin selaku Ketua Generasi Muda UPKO Telupid - Beluran yang juga Ahli Parlimen Belia Beluran.


Beliau berharap agar lebih ramai belia dan beliawanis dari daerah Telupid menceburkan diri dalam bidang keusahawanan dan perniagaan.


"Ketekunan dan usaha gigih pasti akan membuahkan hasil. Syabas kerana telah menerima dana Projek Sejati Madani. Satu kejayaan yang perlu dicontohi.


"Terima kasih Kerajaan Madani di atas inisiatif dan usaha mengilhamkan Dana Sejati Madani. Harapan kita agar lebih ramai belia dan beliawanis dari daerah Telupid yang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan dan perniagaan," kata Felix.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page