PRU tidak sesuai jika SOP dilaksana sama seperti PRN Melaka – UPKOPRU tidak sesuai jika SOP dilaksana sama seperti PRN Melaka – UPKO
top of page
  • Writer's pictureIlona Andrew

PRU tidak sesuai jika SOP dilaksana sama seperti PRN Melaka – UPKO


27 Nov 2021

Oleh Ilona Andrew


PENAMPANG: Pilihan Raya Umum ke-15 tidak sesuai diadakan dalam masa terdekat lebih-lebih lagi jika prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang dibuat sama seperti yang digunapakai semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.


Ini kerana SOP yang dilaksanakan semasa PRN Melaka melarang parti-parti yang bertanding tidak dibenarkan untuk berkempen dan menerangkan manifesto parti.


“Selain itu, oleh kerana pandemik, orang masih takut untuk turun mengundi dan peratusan mengundi pun berkurang. Kita mahu bahawa kerajaan itu dipilih oleh pengundi yang turun mengundi melebihi 70 peratus,” katanya semasa sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Luar Biasa UPKO 2021, di sini, hari ini.


Ditanya jika UPKO akan bertanding lebih banyak kerusi di Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan dating, Madius berkata perkara itu belum dibincangkan lagi.


“UPKO sudah menjadi parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan apa pun keputusan (yang akan dibuat), kita buat Bersama-sama PH,” jelasnya.


Beliau juga menyatakan bahawa kerjasama akan sentiasa wujud di kalangan parti pembangkang walaupun berada dalam gabungan parti yang berlainan.


“Sebagai contoh di Dewan Undangan Negeri, kita terima dan dokong (Presiden Warisan) Datuk Seri Panglima Shafie Apdal sebagai ketua pembangkang.


“Oleh itu, ini bukan bererti kita tiada kerjasama antara PH atau Warisan. Apa yang penting ialah agenda rakyat,” jelasnya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page