top of page

Rayuan ditolak, Najib Razak jalani hukuman penjara

  • Farah Salim
  • Aug 23, 2022
  • 1 min read

23 Ogos 2022

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan akhir bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetepikan sabitan hukuman dan denda yang dikenakan terhadapnya berhubung penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn Bhd.


Mahkamah Persekutuan juga mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd.


Beliau didapati bersalah seleweng dana SRC International berjumlah RM42 juta.


Susulan keputusan itu, Najib diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.


Panel lima hakim dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan yang betul dan tidak terkhilaf apabila mensabitkan Najib terhadap tuduhan berkenaan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page