RENTAS ZON DIBENARKAN BERMULA 17 MEI HINGGA 7 JUNRENTAS ZON DIBENARKAN BERMULA 17 MEI HINGGA 7 JUN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

RENTAS ZON DIBENARKAN BERMULA 17 MEI HINGGA 7 JUN


Gambar Hiasan

11 Mei 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Aktiviti rentas zon akan dibenarkan di Sabah bermula 17 Mei hingga 7 Jun, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun.


Beliau berkata, aktiviti rentas daerah dilarang buat masa ini sehingga 16 Mei, kecuali atas urusan kecemasan dan perubatan, pekerjaan, janji temu vaksinasi Covid-19, pasangan jarak jauh dan perkhidmatan perlu (essential services).


"Dalam tempoh ini, pembahagian zon mengikut daerah tidak lagi digunapakai. Namun, Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang dikategorikan sebagai satu daerah.


"Dari 17 Mei hingga 7 Jun, pembahagian zon daerah akan berkuatkuasa semula," katanya dalam satu kenyataan.



bottom of page