Ribut Petir, Hujan Lebat Melanda Lima Kawasan di Sarawak dan Lapan Kawasan di Sabah
- nabalunews
- 42 minutes ago
- 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
28 Mac 2026
PUTRAJAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang berkuat kuasa hingga 6.00 petang ini, 28 Mac 2026, membabitkan beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah.
Di Sarawak, kawasan yang terjejas ialah Sibu (Selangau), Kapit (Song), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan) dan Limbang. Manakala di Sabah, amaran dikeluarkan bagi kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Papar dan Penampang), Tawau (Tawau) serta Kudat (Kota Marudu).
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam.
Menurut kenyataan agensi itu, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi satu-satu keluaran. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa memaklumkan maklumat cuaca terkini melalui saluran rasmi MetMalaysia.











