top of page

RM300 baucar digital untuk pelajar universiti awam beli tiket penerbangan domestik

  • Wartawan Nabalu News
  • Aug 16, 2023
  • 1 min read

16 Ogos 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Pelajar universiti awam kini boleh menyemak sama ada mereka layak menerima bantuan subsidi tiket penerbangan untuk laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan.


Menurut, Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam satu kenyataan, berkata bantuan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara rakyat Malaysia di ketiga-tiga wilayah, di samping menangani isu kos sara hidup selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.


Jelas MOT, pelajar boleh menyemak kelayakan mereka melalui laman web MOT (https://subsidiudara.mot.gov.my/) dan memohon bantuan subsidi daripada mana-mana syarikat penerbangan yang terlibat.


“Syarikat penerbangan yang terlibat adalah Malaysia Airlines (termasuk MASwings dan FireFly), AirAsia, Batik Air dan MYAirline yang dipilih oleh pelajar melalui laman web syarikat penerbangan tersebut,” katanya semalam.


"Jika pelajar didapati tidak layak, mereka boleh membuat semakan dan rayuan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi melalui universiti masing-masing.


“Pada masa ini, pelajar yang layak adalah pelajar yang berdaftar di universiti awam sehingga tahun akademik 2022/2023 pada 30 Jun 2023,” tambahnya.


MOT juga berkata, syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada pelajar yang layak sebagai credit shell untuk membeli tiket penerbangan.


"Jika harga tiket yang dibeli kurang daripada RM300, baki baucar digital akan kekal dalam credit shell dan boleh digunakan untuk pembelian tiket seterusnya.


“Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2023, tetapi pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan,” jelasnya.



Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page