RM800 juta dijimatkan hasil penyasaran subsidi minyak BUDI95
- nabalunews
- 2 hours ago
- 1 min read

21 Disember 2025
KUALA LUMPUR: Kerajaan berjaya menjimatkan RM800 juta hasil pelaksanaan program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) sejak 30 September lalu sehingga kini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata penjimatan itu dicapai hasil penyasaran subsidi minyak secara lebih berkesan supaya hanya dinikmati warganegara Malaysia.
Menurut beliau yang juga Menteri Kewangan, langkah itu sekali gus mengekang ketirisan yang sebelum ini melibatkan lebih 3.5 juta warga asing serta aktiviti penyeludupan puluhan ribu liter minyak ke luar negara.
“Setiap hasil penjimatan itu dipulangkan semula kepada penduduk melalui STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dan SARA (Sumbangan Asas Rahmah).
“Selain itu, ia juga digunakan bagi menaik taraf klinik dan hospital, memperbaiki jalan raya serta memperkukuh prasarana negara,” katanya menerusi hantaran di media sosial rasmi beliau hari ini.
Anwar berkata penyasaran subsidi minyak telah dibincangkan sejak lebih 20 tahun oleh kerajaan terdahulu, namun tiada yang mempunyai keberanian serta tekad politik untuk melaksanakannya sehingga Kerajaan MADANI mengambil langkah berani melaksanakan BUDI95.
Di bawah program BUDI95, semua pemegang MyKad warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas yang mempunyai lesen memandu aktif layak membeli RON95 bersubsidi hingga 300 liter sebulan pada harga RM1.99 seliter, berbanding RM2.60 seliter tanpa subsidi.
.


















Comments