top of page

Rokok Seludup Bernilai RM114,000 Dirampas

  • nabalunews
  • Sep 20
  • 1 min read

ree

20 September 2025


LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas 95,000 batang rokok seludup hasil serbuan terhadap sebuah rumah di Kampung Silam, di sini, tengah malam tadi.


Dalam operasi jam 12 tengah malam itu, stor berkenana dipercayai djadikan tempat penyimpanan rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM114,000.


Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, serbuan dijalankan Unit Gempur Marin (UNGERIN) menerusi Operasi Taring Landai Khas.


“Operasi dijalankan hasil risikan terancang itu berjaya merampas rokok tidak bercukai yang dianggarkan mencecah RM114,000.


“Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan usaha mengesan dalang utama sindiket giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Menurutnya, pihaknya sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang awam untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan.


“PPM Wilayah 4 Sabah komited membanteras sebarang bentuk jenayah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara sentiasa terpelihara,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page