Rozman: Dakwaan rasuah ke atas saya bermotifkan politikRozman: Dakwaan rasuah ke atas saya bermotifkan politik
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Rozman: Dakwaan rasuah ke atas saya bermotifkan politik


Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Asli

14 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli mendakwa pertuduhan rasuah ke atas beliau sudah dirancang lama dan bermotifkan politik.


Beliau yang merupakan Ketua Whip Parti Warisan Sabah (Warisan) dituduh melakukan kesalahan itu di Bilik Mesyuarat TKSU, Aras 9, Kementerian Pengangkutan, Jalan Tun Hussein, Presint 4, Putrajaya, antara jam 2.30 dan 5.30 petang, pada 23 Mac 2018.


"Hari ini adalah tarikh ketiga saya dipanggil ke mahkamah untuk proses pertuduhan dan kali ini ianya tidak ditangguh lagi seperti dua tarikh sebelum ini.


“Bagi saya ada dua objektif yang ingin dicapai oleh pihak yang mempunyai kepentingan politik di belakang operasi ini. Mereka mahu saya tinggalkan parti Warisan serta menyokong kerajaan," katanya dalam satu sidang media hari ini.


“Dalam masa satu tahun lapan bulan saya dipujuk, ditawarkan jawatan dan dalam masa yang sama kes ini sengaja diadakan untuk menekan dan menjatuhkan imej saya sebelum PRU-15.


“Tapi saya akan hadapi cabaran ini dengan tabah, berani kerana benar,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Rozman didakwa oleh Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan kontrak pekerjaan bagi Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd, tiga tahun lepas.


Walau bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.


Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, menawarkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh dan pasport diserahkan kepada mahkamah.


"Kes ini juga akan memberi saya pengalaman sendiri dalam hal penyalahgunaan kuasa yang menjadi semakin teruk sekarang ini.


"Antara perkara yang saya utamakan dalam perjuangan politik saya adalah menentang salah guna kuasa dan mendokong reformasi Instituisi supaya badan-badan penguatkuasa yang penting seperti SPRM, PDRM, SPR selain Badam legislatif dan Badan Kehakiman merdeka dari eksekutif dan bebas dari disalahguna oleh mereka yang berkuasa," tambahnya.


Ujarnya lagi, semak dan imbang adalah kunci kepada masa depan negara ini.


"Saya tahu saya adalah mangsa kepada penyalahgunaan kuasa. Saya cuma salah seorang dari Sembilan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) kepada Lembaga Pelabuhan Labuan (LPL) tersebut dan saya bukan oengerusi pun dalam Lembaga itu.


"Diantara ALP adalah pegawai tertinggi kerajaan dari Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Wilayah Persekutuan yang faham dasar dan proses untuk kerajaan membuat perlantikan operator.


"Semasa mesyuarat membuat keputusan, saya menyokong operator lama yang dimiliki oleh usahawan bumiputera tempatan itu untuk terus diberi peluang.


"Mereka tidak terpiluh sebab majoriti ALP memilih syarikat lain dari luar Labuan sebagai operator baru Pelabuhan Merdeka Labuan (Labuan Liberty Port) dan saya menghormati keputusan mesyuarat tersebut."

bottom of page