top of page
nabalunews

SABAH AKAN MOHON PERUNTUKAN KERAJAAN PUSAT BAIKI TANAH RUNTUH DI TAMAN KINABALU



20 Jan 2021

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah akan memohon peruntukan daripada kerajaan pusat untuk membaiki kawasan tempat letak kereta di Taman Kinabalu, Kundasang yang runtuh semalam.


Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata walaupun ia tidak melibatkan jalan utama antara Kota Kinabalu ke Ranau,namun kesan jangka panjang runtuhan tersebut jika tidak diperbaiki segara boleh menjejaskan jalan utama .


“Kementerian Kerja Raya Sabah akan memohon peruntukan daripada kerajaan pusat bagi membaiki runtuhan ini di mana kita akan menyediakan anggaran kos peruntukan untuk kerja kerja pembaikan ini untuk dikemukakan kepada kerajaan pusat “ katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata walaupun runtuhan ini tidak melibatkan jalan utama yang merupakan jalan persekutuan, namun kerja-kerja pembaikan perlu dilakukan segara kerana kawasan ini menjadi tumpuan pelancong dan menjadi tempat meletakkan kenderaan bagi pengunjung yang ingin melawat Taman Kinabalu.


Sementara itu, ketika mengulas mengenai tanah runtuh yang melibatkan Jalan Paitan ke Kinabungan yang turut melibatkan runtuhan pada bangunan Loji Rawatan Air Paitan, Bung Moktar berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menggunakan peruntukan kecemasan untuk memperbaiki jalan berkenaan.


“Setakat ini laporan yang saya terima hanya bangunan kuarters loji air menggelongsor akibat runtuhan tersebut sementara bangunan Loji Rawatan Air masih boleh berfungsi," katanya. - Bernama


Comments


bottom of page