top of page

SABAH BANGKIT ATASI PERAK 2-1 DI STADIUM LIKAS

  • nabalunews
  • May 3, 2021
  • 1 min read

Pemain Sabah FC meraikan kemenangan mereka bersama pengurus pasukan. Foto - Sabah FC

3 MEI 2021 KOTA KINABALU: Sabah FC memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk menewaskan Perak FC 2 -1 dalam aksi Liga Super di Stadium Likas kelmarin. Kedua-dua gol Sabah dihasilkan pada separuh masa kedua selepas ketinggalan 1 - 0 di babak pertama. Gol tunggal Perak dijaringkan pada minit ke-25 hasil sepakan percuma dari luar kotak penalti Sabah yang disempurnakan Nazirul Naim. Ketika babak pertama, Sabah juga mencipta peluang menarik pada minit ke-20 menerusi percubaan pemain import dari Indonesia, Saddil Ramdani, namun tendangan yang kurang kuat gagal menembusi gawang lawan. Sabah mula bangkit sejurus babak kedua bermula dan mencipta jaringan penyamaan menerusi Amri Yahyah pada minit ke-64 hasil rembatan kaki kiri. Sabah menambah satu lagi gol hasil sepakan percuma pemain import, Levi Madinda pada minit ke-78. - Berita Harian

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page