top of page
  • Wartawan Nabalu News

Sabah catat 17.4 peratus penghidap kanser mulut


8 Nov 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Sebanyak 17.4 peratus pesakit kanser mulut di Malaysia datang daripada Sabah. Daripada 42,771 pesakit yang disaring pada tahun 2020 di Sabah, seramai 5,420 orang mempunyai tabiat berisiko tinggi kanser mulut, iaitu pengambilan tembakau, sirih dan juga pengambilan alkohol berlebihan. Bagaimanapun kebanyakan kes kanser mulut dikesan di peringkat yang lewat, dengan lebih daripada 60 peratus dikesan pada "advanced stages" atau peringkat lanjut iaitu pada tahap tiga dan empat. Hasil angka saringan tersebut diperolehi daripada Program Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia. "Sehubungan itu, amat penting untuk membuat pemeriksaan awal di klinik pergigian jika didapati ada tanda atau gejala", kata Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor ketika merasmikan Minggu Kesedaran Kanser Mulut 2021 Peringkat Negeri Sabah bertemakan #JomCheckMulut baru-baru ini. Tambahnya, walaupun peratusan tersebut kelihatan kecil, namun perkara tersebut tidak boleh dipandang remeh oleh rakyat. Ujarnya lagi, peratusan terhadap tabiat-tabiat berisiko di kalangan rakyat Malaysia adalah rendah. “Hanya 50 peratus rakyat Malaysia menyedari bahawa pengambilan alkohol dan pengunyahan sirih dapat meningkatkan risiko mereka untuk mendapat kanser mulut,” katanya. Beliau berkata, kanser mulut boleh dicegah sekiranya pengesanan awal dilakukan.

Tags:

Comentários


bottom of page