Sabah FC jumpa Melaka United pada suku akhir Piala MalaysiaSabah FC jumpa Melaka United pada suku akhir Piala Malaysia
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Sabah FC jumpa Melaka United pada suku akhir Piala Malaysia


11 Nov 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah FC akan bertemu dengan Melaka United pada aksi suku akhir Piala Malaysia pada 14 (Ahad) dan 18 November ini.


Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu mencipta kejutan selepas berjaya menewaskan Petaling Jaya City 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan D di Stadium Likas kelmarin untuk muncul sebagai naib juara kumpulan.


Dengan kelebihan beraksi di laman sendiri, gol tunggal The Rhinos hadir menerusi sepakan penalti pada minit ke-20 yang disempurnakan oleh kapten pasukan, Risto Mitrevski.


Kemenangan tersebut menyaksikan Sabah mara ke suku akhir buat pertama kalinya dalam tempoh 10 tahun.


Sebagai rekod, Sabah berjaya mencatatkan dua kemenangan, dua seri dan dua kekalahan dalam kesemua perlawanan pada aksi peringkat Kumpulan D.


Sabah akan memulakan aksi suku akhir pertama menentang Melaka United di Stadium Likas pada Ahad ini (14 Nov) dan kemudiannya di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput pada 18 Nov bagi aksi suku akhir kedua.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page