top of page

Sabah Optimis Menentang KL City FC Dalam Perlawanan Pembuka Liga Malaysia 2025/2026

  • nabalunews
  • Aug 13, 2025
  • 1 min read

13 Ogos 2025


KUALA LUMPUR: Sabah FC bersedia mengharungi cabaran sengit menentang Kuala Lumpur City FC pada perlawanan pembukaan Liga Malaysia 2025 yang akan berlangsung malam ini di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.


Jurulatih Sabah FC, Alto Linus menegaskan, pertemuan itu bukanlah tugas mudah memandangkan KL City FC tampil dengan motivasi tinggi selepas mencatat kemenangan dalam aksi pertama mereka minggu lalu apabila membenam Imigresen FC, 3 - 0.


Katanya, lebih-lebih lagi, kelebihan untuk KL City FC yang beraksi di laman sendiri akan pasti memberi semangat tambahan kepada skuad tuan rumah.


“Walaupun kita sedar mereka berada dalam prestasi baik, kita tetap optimis dan mempunyai perancangan serta strategi tersendiri untuk mengharungi perlawanan ini,” katanya.


Menurutnya, aksi pra-musim Sabah FC menyaksikan sebahagian besar pemain musim lalu kekal bersama pasukan, dengan beberapa penambahan pemain baharu.


Katanya, sepanjang tempoh persiapan, para pemain pantas menyesuaikan diri dengan latihan dan corak permainan yang diterapkan oleh barisan kejurulatihan.


“Musim ini, KL City memiliki pemain yang berkualliti seperti Sapawi Rashid dan Hidalgo.


“Namun, saya percaya pemain-pemain kita tahu apa yang perlu dilakukan untuk mengekang ancaman tersebut. Fokus dan disiplin taktikal menjadi kunci utama malam ini,” tambahnya.


Perlawanan Kuala Lumpur City FC menentang Sabah FC dijadualkan bermula pada jam 9 malam ini dijangka menjanjikan aksi menarik antara dua pasukan yang memiliki misi besar untuk permulaan musim ini.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page