Sabah, Sarawak antara lima negeri terima Sijil Ketua Audit Negara Tanpa Teguran
- nabalunews
- Oct 14, 2024
- 1 min read

14 Oktober 2024
KUALA LUMPUR: Lima negeri, iaitu Johor, Pahang, Perak, Sarawak, dan Sabah, telah menerima Sijil Ketua Audit Negara bagi Pendapat Tanpa Teguran (Unmodified Opinion) untuk Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2023.
Penyata kewangan ini telah dikemukakan antara Januari hingga Jun 2024.
Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, mengesahkan bahawa daripada 13 penyata kewangan kerajaan negeri yang telah dikemukakan, lima negeri menerima pendapat tanpa teguran.
“Lapan negeri lain, termasuk Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, dan Terengganu, menerima Sijil Ketua Audit Negara bagi Pendapat Tanpa Teguran dengan Perenggan Hal-hal Lain (Other Matters),” katanya dalam kenyataan berhubung Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2024.
Laporan tersebut turut mengemukakan 260 syor untuk dipertimbangkan oleh kementerian, jabatan, agensi, dan syarikat kerajaan negeri bagi meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan.
Comments