Sabah semakin hampir ke suku akhir Piala MalaysiaSabah semakin hampir ke suku akhir Piala Malaysia
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Sabah semakin hampir ke suku akhir Piala Malaysia


Antara aksi menarik dalam perlawanan semalam. Foto: Sabah FC

7 Nov 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jaringan minit akhir oleh Sahrizan Saidin cerahkan peluang Sabah FC untuk ke suku akhir Kejohanan Piala Malaysia selepas berjaya menewaskan Kelantan FC 2-1 dalam saingan kumpulan D di Stadium Likas, kelmarin.


Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee ketinggalan satu gol pada awal perlawanan hasil jaringan jarak jauh pemain pasukan pelawat Che Mohd Safwan Hazwan di minit kelima.


Bagaimanapun, Sabah kembali menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti oleh penyerang veteran Mohd Amri Yahya selang dua minit kemudian.


Keputusan seri 1-1 itu kekal sehingga tamat babak pertama perlawanan.


Pada babak kedua perlawanan, Sabah bermula dengan garang dan melancarkan serangan demi serangan, namun gagal menembusi gawang gol pasukan The Red Warriors.


Pemain tengah The Rhinos, Mohamad Sharizan muncul sebagai wira apabila tandukkannya berjaya menewaskan penjaga gol Kelantan pada minit ke-91 perlawanan untuk memastikan tiga mata buat Sabah.


Keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat dan kini dengan berbaki satu perlawanan lagi, Sabah perlu memastikan kemenangan ke atas Petaling Jaya City FC untuk layak ke suku akhir.


Perlawanan menentang Petaling Jaya FC itu akan berlangsung pada 9 Nov di Stadium Likas.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page