Sakag Talantang sokong Ewon Benedict letak Menteri
- nabalunews
- 6 hours ago
- 1 min read

10 November 2025
Ramdi Indang…Tindakan beliau satu teladan kepimpinan yang jelas mendahulukan kepentingan rakyat dan negeri.
KOTA KINABALU : – Pertubuhan Sakag Talantang Sabah menyokong penuh tindakan berprinsip Datuk Ewon Benedick, Presiden UPKO meletak jawatan sebegai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Presiden Sakag Talantang Ramdi Indang berkata MP Penampang itu sanggup meletak jawatan demi mempertahankan hak rakyat Sabah, khususnya berhubung isu 40 peratus hasil.
“Tindakan beliau ini merupakan satu teladan kepimpinan yang jelas mendahulukan kepentingan rakyat dan negeri, ” jelas Ramdi.
Ewin telah menyatakan kesediaannya untuk mengundurkan diri sekiranya Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengiktiraf hak perlembagaan Sabah tersebut.
Menurut Ramdi, pendirian berani ini selaras dengan resolusi rasmi UPKO dan menepati semangat mengatakan “Sabah milik rakyat” – di mana pemimpin adalah pengurus sementara yang perlu mendengar suara pemilik sebenar, iaitu rakyat .
“Dalam keadaan landskap politik Sabah yang dinamik menjelang Pilihan Raya Negeri, sikap tegas seumpama ini sangat diperlukan, ” kata Ramdi lagi.
Ia bukan sahaja memperkukuh keyakinan rakyat terhadap integriti pemimpin, malah menekankan bahawa isu autonomi dan hak negeri seperti Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah perkara substantif yang wajib dipertahankan, melampaui sekadar retorik politik.
Ramdi menggesa semua pihak untuk menghormati dan menyokong langkah berintegriti ini, serta mendesak kerajaan Persekutuan untuk tidak merayu keputusan mahkamah tersebut dan sebaliknya memuktamadkan pelaksanaannya dalam tempoh yang ditetapkan.
“Sakag TalantangBersama Mempertahankan Hak dan Masa Depan Sabah, ” tambah Ramdi.


















Comments