top of page

SARA catat jualan RM100 juta pada hari ketujuh

  • nabalunews
  • Sep 7, 2025
  • 1 min read

7 September 2025


PUTRAJAYA: Hari ketujuh pelaksanaan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjalan lancar dengan mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM100 juta, membabitkan 1.7 juta penerima setakat 10.30 malam tadi.


Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan kadar transaksi pada hari ketujuh meningkat kepada 99.9 peratus, berbanding 99 peratus pada hari sebelumnya.


“Usaha penambahbaikan dan peluasan kapasiti pemprosesan sistem sepanjang enam hari lepas telah menyumbang kepada kestabilan sistem yang dicapai pada hari ketujuh pelaksanaan,” menurut kenyataan itu.


Sejak pelaksanaan Penghargaan SARA pada 31 Ogos lepas, kementerian itu berkata lebih 10 juta rakyat telah membeli barangan keperluan asas menggunakan kredit Penghargaan SARA dan SARA bulanan.


“Secara keseluruhan, jumlah perbelanjaan rakyat dalam tempoh tujuh hari pelaksanaan program tersebut mencecah RM641.9 juta di seluruh negara,” katanya.


Bantuan SARA yang disalurkan secara sekali beri melalui MyKad kepada semua warganegara berusia 18 tahun ke atas bermula 31 Ogos itu memberi manfaat kepada 22 juta rakyat, melibatkan peruntukan RM2 bilion.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page