SARA untuk Semua: Semakan kelayakan bermula hari ini
- nabalunews
- 1m
- 1 min read

5 Februari 2026
KUALA LUMPUR: Semakan kelayakan bagi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh dibuat bermula hari ini di portal rasmi SARA.
Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan, Kerajaan Madani akan menyalurkan SARA RM100 secara sekali bayar bagi membantu 22 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas, sepertimana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
"RM100 akan dikreditkan melalui MyKad masing-masing pada 9 Februari ini, khas untuk pemegang MyKad warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
"Ini termasuk penerima SARA Bulanan," kata kementerian menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
Semakan boleh dibuat di pautan laman sesawang rasmi SARA iaitu sara.gov.my
Pada Oktober lalu, Perdana Menteri mengumumkan seramai 22 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima inisiatif berkenaan pada pertengahan Februari 2026, bagi membantu persiapan Ramadan dan Tahun Baharu Cina.














