top of page

Sarawak dijangka muktamadkan perjanjian ambil alih MASwings Disember ini

  • nabalunews
  • Nov 25, 2024
  • 1 min read




25 November 2024


KUCHING: Sarawak bakal melangkah setapak ke hadapan dalam sektor penerbangan apabila perjanjian jual beli untuk mengambil alih MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG), dijangka dimuktamadkan bulan depan.

 

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, syarikat penerbangan Sarawak itu akan menjadi pemangkin kepada usaha mempromosikan negeri tersebut kepada komuniti perniagaan dan pelancong. 

 

“Dengan lapangan terbang yang dibangunkan dengan baik, keseluruhan ekosistem di Sarawak akan bersedia, membolehkan kita berdaya saing dengan destinasi lain. 

 

“Matlamat ini dijangka dapat dicapai menjelang 2035 sambil kita terus mencapai kemajuan dalam pembangunan bidang lain,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Tahunan Institusi Jurutera Malaysia (IEM) Sarawak di sini, malam Ahad. 

 

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengesahkan rundingan masih dijalankan antara MASwings dan kerajaan Sarawak. 

 

Menurut beliau, perbincangan turut melibatkan Malaysia Aviation Group dan Khazanah Nasional Bhd berhubung pembelian saham dalam MASwings, bagi memastikan peralihan ini berjalan lancar. 

 

Langkah ini dijangka akan memberi impak besar kepada sektor pelancongan Sarawak serta meningkatkan konektiviti serantau. 

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page