SC dedah Azam Baki kawal, kendali akaun daganganya sendiri
top of page

SC dedah Azam Baki kawal, kendali akaun daganganya sendiri


Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Bakii.

19 Januari 2022

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sendiri yang menyampaikan arahan untuk menjual, membeli, serta memindahkan saham daripada akaun dagangan atas namanya, dedah Suruhanjaya Sekuriti (SC)


Menerusi satu kenyataan hari ini, SC menyenaraikan dua dapatan yang dibuat untuk menjelaskan bahawa keterangan bebas yang diperolehi inkuiri ke atas akaun dagangan Azam Baki menunjukkan:


1. Azam Baki adalah penama akaun saham dan mempunyai kuasa ke atas akaun itu.


2. Azam Baki telah mengendalikan akaun yang dibukanya itu, dan telah menyampaikan arahan untuk jual, beli, serta pemindahan saham daripada akaun tersebut.


Oleh itu, SC memutuskan bahawa tiada pelanggaran Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat).


Terdahulu, SC memulakan inkuiri selepas Azam menjelaskan bahawa adiknya, Nasir Baki, melakukan pembelian empat juta saham dan waran dalam syarikat tersenarai awam, pada 2015-2016 menggunakan akaun dagangan beliau.


Menerusi kenyataan semalam, SC mengumumkan ia tidak dapat memastikan “secara konklusif” sama ada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu melakukan tindakan menyalahi Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat).


Azam menganggap keputusan SC itu sebagai “mendapati tiada kesalahan dilakukan oleh saya”.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page