top of page

Sebarang usul pendidikan mesti terima Bahasa Melayu, sejarah Malaysia – Agong

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

19 Januari 2026


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah sebarang usul mengiktiraf apa jua sistem pendidikan selain daripada yang sedia ada, mesti menerima Bahasa Melayu dan Sejarah Malaysia.


Titah berkenaan disampaikan Seri Paduka Baginda ketika menyampaikan Titah Diraja pada Sidang Dewan Rakyat bersempena Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Ke-15, hari ini.


Sultan Ibrahim bertitah, sebarang usaha merangka sistem pendidikan baharu perlu seiring dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan menjadikan Bahasa Melayu sebagai teras utama pelaksanaannya.


“Jika hendak buat sistem pendidikan yang baharu, ianya mesti dibuat selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, dan Bahasa Melayu mesti menjadi bahasa utama kerana ianya adalah Bahasa Kebangsaan.


“Kalau ada yang tidak menerima Bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia,” titah Seri Paduka Baginda.


Sultan Ibrahim bertitah sistem pendidikan negara perlu terus diperkasa sebagai asas pembangunan bangsa, pembentukan jati diri dan penentu masa depan negara.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page