Segera salurkan bantuan kewangan mangsa banjir - AnwarSegera salurkan bantuan kewangan mangsa banjir - Anwar
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Segera salurkan bantuan kewangan mangsa banjir - Anwar


3 Jan 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan supaya segera menyalurkan bantuan kewangan kepada semua mangsa banjir.


Beliau berkata, mangsa banjir pada ketika ini menderita dan terdesak kerana dibebani kerugian yang amat besar.


Oleh itu beliau mencadangkan agar bantuan kewangan berjumlah RM5,000 hingga RM10,000 diberikan kepada mereka yang terkesan mengikut jumlah kerugian kerana pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak dibenarkan.


"Apabila kerajaan tidak membenarkan pengeluaran KWSP maka mereka dengan ini harus berikan bantuan segera antara RM5,000 ke RM10,000 setiap orang mengikut keadaan serta kesan kerugian yang dialami akibat bencana ini.


"Usah tambah beban rakyat dengan kerenah birokrasi melampau yang hanya melambatkan proses menyalurkan bantuan,” katanya dalam kenyataan yang dikongsikan melalui Fwcebooknya hari ini.


Anwar berkata, pada tahun baru ini kerajaan mesti ada rencana dan jalan baru dalam mengemudi negara, terutamanya di saat krisis dan dalam aspek menyalurkan bantuan kepada rakyat.

bottom of page