SEGERAKAN PEMILIHAN UMNO SEBELUM PRU-15: KHAIRYSEGERAKAN PEMILIHAN UMNO SEBELUM PRU-15: KHAIRY
top of page
  • Wartawan Nabalu News

SEGERAKAN PEMILIHAN UMNO SEBELUM PRU-15: KHAIRY



30 Mac 2021


KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin mengesyorkan supaya pemilihan Umno disegerakan sebelum pilihan raya akan datang.


Beliau berkata, pemilihan parti tidak boleh ditangguhkan sehingga selepas Pilihanraya umum ke-15 (PRU-15).



“Hanya satu cara untuk menyelesaikan kemelut dalam Umno. Segerakan pemilihan parti.


“Jangan tangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum. Sepatutnya diadakan tahun ini,” katanya melalui perkongsian dalam laman sosial Instagram, hari ini (30 Mac 2021).


Khairy yang juga Menteri Sains Teknologi dan Inovasi berkata, Umno mesti menghadapi PRU dengan kepimpinan yang mempunyai mandat jelas dan boleh mendapat sokongan rakyat.



“Do the right thing, Majlis Tertinggi. You know we cannot continue like this,” katanya.


Pemilihan Umno sepatutnya diadakan tahun lalu selaras dengan Perhimpunan Agung Umno 2020 namun terpaksa ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19.

bottom of page