Sekolah rendah, menengah akan mengikut kaedah penggiliran Sekolah rendah, menengah akan mengikut kaedah penggiliran
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Sekolah rendah, menengah akan mengikut kaedah penggiliran



9 Nov 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kemasukan murid Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah rendah harian dari 21 Nov bagi negeri Kedah dan 22 Nov bagi negeri Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah akan mengikut kaedah penggiliran, kata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, KPM berkata kaedah penggiliran itu juga tertakluk kepada kelas peralihan dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 di sekolah menengah bagi kelima-lima negeri tersebut.


“Bagaimanapun, bagi sekolah asrama kehadiran murid sepenuhnya adalah tanpa penggiliran.


“Perincian mengenai kemasukan murid sekolah asrama sepenuhnya akan dimaklumkan oleh pihak sekolah kepada ibu bapa atau penjaga,” kata KPM.


Jelas KPM lagi arahan ini juga termasuk institusi Pendidikan yang berdaftar bawah KPM iaitu merujuk kepada institusi pendidikan swasta bagi kategori sekolah dan kategori pusat.


“KPM sentiasa memantau dan meneliti keadaan semasa pengoperasian sekolah secara bersemuka semenjak dibuka semula bermula 3 Oktober 2021,” katanya.


Semalam, KPM mengumumkan bahawa institusi pendidikan di bawah KPM di negeri Sabah, Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Kedah akan mula beroperasi pada 21 dan 22 Nov selepas memasuki Fasa 4 dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page