Selepas pemecatan Tajuddin, tular SD Najib dan MP Umno sokong Anwar jadi PM
top of page
  • Farah Salim

Selepas pemecatan Tajuddin, tular SD Najib dan MP Umno sokong Anwar jadi PM


27 Jun 2022

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Selepas pemecatan Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman daripada ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, tular akuan berkanun (SD) tiga pemimpin parti itu yang menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri (PM).


Akuan Berkanun itu ditandatangani oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Mohd Nazri Abdul Aziz dan Tajuddin bertarikh 16 November 2020.


Antara kandungan akuan berkanun Ahli Dewan Rakyat, Parlimen itu ialah mengakui tidak lagi mempunyai kepercayaan dan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.


Turut dinyatakan dalam SD itu ialah memberi kepercayaan dan sokongan tidak berbelah bagi dan setia kepada Datuk Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 sehingga tamatnya sidang Parlimen ke-14 dan yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mendapat sokongan dan kepercayaan majority Ahli Dewan Rakyat untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

bottom of page