top of page

Semua urusan rasmi kerajaan perlu guna Bahasa Melayu sepenuhnya

  • nabalunews
  • 9 hours ago
  • 1 min read

ree

30 Oktober 2025


PUTRAJAYA: Sebarang urusan rasmi termasuk aktiviti, program atau projek yang dianjur dan diuruskan oleh kerajaan perlu menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.


Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, ia selaras komitmen kerajaan untuk memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.


Katanya, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui surat JPA.(S).100-1/3/3 bertarikh 9 Ogos 2022 telah menjelaskan keperluan memperkasakan pengunaan bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi perkhidmatan awam.


“Selaras dengan keperluan tersebut, Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM), Ceraian PO.1.1.1: Pemerkasaan Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Perkhidmatan Awam turut diperkenalkan.


“Bahasa Melayu hendaklah diberi keutamaan dan digunakan secara menyeluruh dari segi aspek nama, tema, tajuk, latar belakang, isi kandungan dan apa-apa maklumat yang berkaitan urusan rasmi perkhidmatan awam,” katanya menerusi surat edaran yang dikeluarkan semalam.


Bagi memastikan ketetapan itu tidak menjejaskan kelancaran penyampaian perkhidmatan dan memberi implikasi perundangan kepada kerajaan, beliau meminta pihak terbabit untuk meneliti, menyemak dan mengambil tindakan bersesuaian berhubung perkara tersebut.


“Perhatian serius hendaklah diberikan terutamanya bagi sebarang perkara yang melibatkan kepentingan awam dan negara,” memetik surat edaran itu.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page