- nabalunews
SEORANG LAGI ADUN WARISAN NAFI KELUAR PARTI
27 Feb 2021
KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bongawan Daud Yusof menafikan
laporan sebuah portal yang mengaitkan namanya antara enam Adun Warisan keluar parti dan sokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Adun Warisan itu berkata, beliau tidak akan membelakangkan kepercayaan dan mandat yang diberikan oleh pengundi kepadanya sebelum ini.
Sambil menyifatkan dakwaan portal bertajuk "Enam Lagi Adun Warisan Keluar Parti, Sokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS)? sebagai "mengarut.
"Saya akan tetap setia kepada Presiden Warisan Datuk Shafie Apdal dan berikrar akan bekerja keras untuk rakyat di bawah panji Warisan," katanya.
Adun lain dari Parti Warisan yang dikaitkan dalam laporan itu ialah Adun Tungku Assaffal Alian, Adun Tanjong Kapor (Chong Chen Bin), Adun Banggi (Mohammad Mohamarin), Adun Kunak (Norazlinah Arif) dan Adun Darau (Azhar Matussin. Bagaimanapun, kesemua mereka menafikan laporan portal itu.
Comments