top of page

Serbuan SPRM temui wang tunai RM321,000 di dua ‘Safe House’

nabalunews

14 Oktober 2024


KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus mempergiatkan siasatan dengan menyerbu dua lagi ‘safe house’ di Kuala Lumpur dan Selangor, dan berjaya menemui wang tunai berjumlah RM321,000.


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Datuk Seri Panglima Azam Baki, mengesahkan wang tunai dalam bentuk mata wang Singapura SG$74,000 (sekitar RM243,000) ditemui di sebuah rumah, manakala wang sebanyak RM78,000 dijumpai di sebuah pejabat.


"Jadi saya tak boleh dedahkan lebih lagi, tetapi pegawai saya telah menggeledah dua lagi 'safe house' yang dikatakan (tempat) menyimpan wang.


"Saya umumkan, salah satu daripadanya kami menemui wang kira-kira dalam bentuk SGD, dan di satu lagi tempat, iaitu sebuah pejabat, dijumpai wang tunai lebih kurang RM78,000," katanya,” kata Azam selepas menghadiri Konvensyen Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah (KITA) 2024 di Sabah International Convention Centre (SICC) hari ini, lapor Berita RTM.


Sebelum ini, SPRM menemui wang asing bernilai RM5 juta di sebuah pangsapuri di ibu negara, yang dipercayai menjadi ‘safe house’ seorang ahli politik berpengaruh.


Siasatan mengenai pelaburan wang di Singapura masih berjalan, namun identiti pemilik dan jumlah pelaburan masih dirahsiakan. Azam tidak menolak kemungkinan ahli politik terlibat akan dipanggil untuk siasatan lanjut.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page