Sesi persekolahan 2026 kembali bermula Januari
- nabalunews
- 1 day ago
- 1 min read

28 Oktober 2025
PUTRAJAYA: Kalendar Akademik Tahun 2026 bagi sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan akan bermula pada 11 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026 bagi negeri Kumpulan A dan 12 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026 bagi negeri Kumpulan B.
Negeri kumpulan A mebabitkan Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala Kumpulan B pula negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kejayaan mengembalikan semula sesi persekolahan kepada bulan Januari dilakukan secara berperingkat dan tertib serta tanpa menganggu pengoperasian institusi pendidikan.
“Ia adalah hasil perancangan rapi dan komitmen tidak berbelah bahagi warga pendidikan di semua peringkat.
“Usaha ini menyerlahkan tekad KPM untuk memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kalendar Akademik Tahun 2026 boleh dimuat turun daripada portal KPM melalui pautan https://www.moe.gov.my/surat-siaran-kpm-bil-3-tahun2025-kalendar-akademi.














