Sesi persekolahan penggal tiga 2021/2022 mula 2 Januari dan 3 Januari iniSesi persekolahan penggal tiga 2021/2022 mula 2 Januari dan 3 Januari ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Sesi persekolahan penggal tiga 2021/2022 mula 2 Januari dan 3 Januari ini



15 Nov 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan bahawa pelanjutan sesi persekolahan bagi penggal tiga, 2021/2022 akan bermula pada 2 Januari hingga 20 Mac 2022 bagi negeri Kumpulan A dan 3 Januari hingga 20 Mac bagi negeri Kumpulan B.


Menurut KPM sekolah di negeri Kumpulan A terdiri daripada Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala bagi negeri Kumpulan B pula adalah Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.


Sementara itu, sesi persekolahan bagi tahun depan pula ditetapkan bermula pada 21 Mac 2022 bagi semua sekolah di bawah KPM.


“Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 akan bermula pada 21 Mac 2022 hingga 11 Mac 2023 bagi sekolah di negeri Kumpulan A dan pada 21 Mac 2022 hingga 12 Mac 2023 bagi sekolah di negeri Kumpulan B.


“Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 dan Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 adalah seperti di boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM di pautan https://www.moe.gov.my/takwim mulai hari Isnin, 15 November 2021,” kata KPM dalam satu kenyataan hari ini.

bottom of page