- Wartawan Nabalu News
SHAFIE APDAL TEMPELAK GRS BERKENAAN ISU PTI DAN BALAK
25 Mac 2021
KOTA KINABALU: Semasa kempen pilihan raya negeri Sabah ke-16 pada September tahun lepas, Parti Warisan Sabah (Warisan) dan parti sekutunya termasuk UPKO, DAP dan PKR dituduh "menternak pendatang tanpa izin (PATI).
Kini selepas menjadi kerajaan apa yang pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) lakukan?
Ini merupakan antara persoalan yang dibangkitkan Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menerusi The Unity Show Live Facebook, pada malam Rabu.
Janji manis yang ditaburkan oleh beberapa pemimpin GRS termasuk Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan semasa pilihan raya negeri (PRN) Sabah lalu untuk menghantar pulang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah, rupanya hanya tinggal janji "tarang bulan".
Jelas sekali selepas hampir enam bulan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menjadi kerajaan, isu PATI di Sabah masih tidak mampu diselesaikan seperti yang dijanjikan.
Malah, sehingga kini tiada kedengaran tuntutan dibuat dalam mendapatkan hak-hak Sabah melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Mantan Ketua Menteri Sabah ini berkata, semasa Warisan menjadi kerajaan, 17 daripada 21 Perkara yang terkandung dalam MA63 berjaya dituntut daripada kerajaan persekutuan.
Malah, Warisan juga berjaya menuntut daripada Petronas cukai jualan lima peratus bagi produk petroleum di negeri ini.
Menurutnya, tuntutan-tuntutan ini berjaya dipenuhi semasa pemerintahan Warisan dan bukannya semasa pemerintahan kerajaan terdahulu.
Kini Presiden PBS Datuk Seri Maximus Ongkili diberi peranan sebagai Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak. Apa yang beliau buat untuk rakyat Sabah?
‘Dulu Mahu Hantar PATI Pulang, Sekarang Apa Cerita’ Rakyat Sabah "kena kencing lagi" dengan pelbagai janji kosong.
Mengenai isu balak Shafie berkata, kerajaan Warisan berjaya menghentikan aktiviti kumpulan kartel balak untuk memastikan hasilnya dapat disalurkan ke tempat yang betul.
“Sebenarnya terdapat hanya seorang taikun balak di Sabah.
“Yang lain cuma mengeluarkan balak dan dieksport tetapi sebahagian besar untung pergi ke akaun seorang individu yang menyimpan berbilion ringgit dalam bank-bank di luar negara,” katanya dalam satu kenyataan.
תגובות