top of page

Sindiket guna akaun Facebook palsu menyamar NSRC

  • nabalunews
  • Sep 4, 2025
  • 1 min read

4 September 2025


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan kewujudan dua akaun Facebook palsu yang menyamar sebagai National Scam Response Center (NSRC) bagi memperdaya orang ramai.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (Komersil), Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, sindiket penipuan terbabit menggunakan nama dan imej NSRC untuk memancing maklumat peribadi mangsa dan mendapatkan wang secara tidak sah.


“Polis ingin menegaskan bahawa kedua-dua akaun facebook tersebut adalah palsu dan sehingga kini NSRC tidak mempunyai sebarang akaun media sosial, termasuk Facebook,” katanya dalam satu kenyataan.


Beliau berkata, NSRC beroperasi secara komunikasi sehala, iaitu hanya menerima panggilan daripada orang awam, dan tidak akan menghubungi individu melalui telefon atau menggunakan aplikasi pesanan seperti WhatsApp.


Justeru katanya, sebarang panggilan atau mesej yang mengaku mewakili NSRC adalah cubaan penipuan.


"Bagi mengoptimumkan usaha pembanterasan serta pencegahan jenayah penipuan dalam talian, PDRM menggesa mangsa segera menghubungi NSRC di talian 997 bagi melaporkan insiden yang berlaku.


"Sebaiknya, panggilan hendaklah dibuat dalam tempoh kurang 24 jam supaya peluang untuk membuat sekatan terhadap wang yang dipindahkan adalah lebih tinggi," katanya.


NSRC merupakan pusat operasi untuk menyelaraskan tindak balas pantas yang merangkumi pengesanan dana yang dicuri secara lebih cepat dan pengambilan tindakan penguatkuasaan terhadap penjenayah.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page