top of page

SKMM siasat video pempengaruh beri sisa makanan kepada gelandangan

  • nabalunews
  • Aug 5, 2025
  • 1 min read

5 Ogos 2025


CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memulakan siasatan terhadap penyebaran sebuah video tular yang memaparkan tiga individu dipercayai pempengaruh memberikan sisa makanan kepada seorang gelandangan.


SKMM dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya memandang serius tindakan menghasilkan dan menyebarkan kandungan yang mengeksploitasi golongan terpinggir semata-mata untuk hiburan murahan, menjana tontonan serta menimbulkan keresahan orang ramai.


“Penyebaran kandungan yang merendah atau menghina maruah individu bukan sahaja tidak beretika, malah mendorong kepada normalisasi budaya tidak berperikemanusiaan dalam masyarakat,” menurut suruhanjaya itu.


Katanya, siasatan terhadap kandungan itu sedang dijalankan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada, dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.


“Orang ramai turut diingatkan agar tidak menyebarkan atau memuat naik kandungan bersifat provokatif yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.


"Sebarang perkongsian kandungan jelik melampau, palsu atau berunsur ancaman boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 [Akta 588].


“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda sehingga RM500,000, dipenjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.


Dalam pada itu, SKMM menegaskan komitmennya untuk kekal memastikan ruang siber kekal selamat dan tidak disalah guna, sejajar dengan usaha mengekalkan kedaulatan undang-undang dan keharmonian masyarakat.


Tamat

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page