top of page

SPA, PUSAT REFLEKSOLOGI DI SARAWAK MULAKAN PETISYEN UNTUK DIBENAR BEROPERASI

  • nabalunews
  • Jan 21, 2021
  • 1 min read


21 Jan 2021

KUCHING: Pemilik spa, pusat refleksologi dan pusat perapian kesihatan di Sarawak merayu kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) agar membenarkan mereka beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dikuatkuasakan di negeri ini sehingga 31 Jan.


Berdasarkan petisyen dalam talian di bawah pemegang akaun Mary Then di Change.org, kumpulan itu meminta untuk dilayan dengan adil.


“Kami, pemilik spa, pusat refleksologi dan pusat perapian kesihatan yang sah di Sarawak merayu dengan JPBN untuk menunjukkan belas kasihan dan pertimbangan yang adil bagi industri holistik kami,” menurut petisyen itu.


Kumpulan itu berkata piagam pelanggan mereka sama seperti sektor fisio, salun kecantikan, perkhidmatan gunting rambut dan penjagaan kuku tangan dan kaki (yang melibatkan hubungan fizikal) namun sektor itu dibenar beroperasi seperti biasa di bawah PKPB.


“Kami tidak mahu dinilai secara tidak adil,” menurut petisyen itu. - Bernama


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page