top of page

Speaker Parlimen tidak benar usul tuntutan Sulu, Munirah digantung dua hari

  • Farah Salim
  • Jul 18, 2022
  • 1 min read

ree

18 Julai 2022

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menolak usul yang dikemukakan Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis mengenai dua anak syarikat Petronas di Luxembourg yang dilapor dirampas waris kesultanan Sulu.


Isnaraissah berkata, sudah tiga kali usulnya mengenai anak syarikat Petronas itu ditolak.


Beliau kemudiannya, digantung dua hari daripada menghadiri persidangan Parlimen selepas diarah keluar Dewan oleh Timbalan Speaker, Rashid Hasnon.


Perintah itu dikeluarkan Rashid selepas Isnaraissah meminta Speaker Dewan Rakyat menjelaskan tindakan menolak usul yang dikemukakannya.


Dewan kecoh selepas beberapa Ahli Parlimen dari Sabah tidak berpuas hati usul itu ditolak dan Isnaraissah digantung dua hari.

Comments

Couldn’t Load Comments
It looks like there was a technical problem. Try reconnecting or refreshing the page.
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page