top of page

SSA Raih Tempat Ketiga

  • nabalunews
  • 7 hours ago
  • 1 min read

ree

14 Disember 2025


MELAKA: Pasukan menembak Sabah Shooting Association (SSA) terus mengharumkan nama Sabah di pentas kebangsaan apabila berjaya meraih tempat ketiga keseluruhan bagi kategori Production (berkumpulan) dalam kejohanan International Practical Shooting Confederation (IPSC) 21 GGK Open Level 2.


Kejohanan berprestij itu berlangsung dari 11 Disember hingga hari ini di Lapang Sasar Tempur 21 Gerup Gerak Khas (GGK), Sungai Udang, dengan penyertaan 496 penembak dari seluruh negara membabitkan 18 stage pertandingan.


Ketua pasukan, Jeson Yong berkata, kejayaan itu membuktikan kemampuan pasukan dari Sabah untuk bersaing dengan penembak elit daripada pasukan keselamatan termasuk Gerup Gerak Khas (GGK), Unit Tindakhas (UTK), VAT69 serta Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

ree

Menurutnya, bukan sesuatu yang mudah bagi sebuah kelab menembak swasta untuk menembusi dominasi pasukan khas dalam acara IPSC yang kompetitif.


“Kami amat teruja dengan pencapaian ini kerana ia membuktikan bahawa pasukan SSA mampu berdiri sebaris dengan pasukan-pasukan elit negara,” katanya ketika dihubungi.


Beliau berkata, di sebalik kejayaan diraih, pasukan berdepan pelbagai cabaran termasuk persiapan latihan intensif serta kos penyertaan yang ditanggung sendiri oleh setiap peserta.


Pasukan SSA diwakili oleh Jeson Yong selaku ketua pasukan bersama Carlson Cassey Alipin, Azlin Mohi dan Donny Martin Nyambar.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page