top of page
nabalunews

Sukan Olimpik Paris 2024 : Skuad memanah negara mulakan aksi, Korea Selatan lebur rekod dunia


25 Julai 2024


PARIS: Skuad memanah negara selesai melengkapkan penampilan awal mereka di acara memanah recurve dengan menyertai pusingan kelayakan sebentar tadi.


Pemanah wanita negara, Syaqiera Mashayikh memulakan kempen Sukan Olimpik Paris 2024 dengan positif apabila mengakhiri saingan penentuan ranking individu di kedudukan ke-14 daripada 64 peserta.


Lebih manis, Syaqiera yang membuat penampilan kedua di Paris 2024 selepas Tokyo 2020 berjaya mencipta catatan peribadi baharu dengan 663 mata bertempat di Les Invalides, Paris.


Korea Selatan unggul mendominasi dua tangga teratas, menyaksikan Lim Sihyeon meleburkan rekod dunia menerusi catatan 694 mata, diikuti Nam Suhyeon di tempa kedua yang mengumpul 688 mata sebagai catatan terbaik peribadinya.


Malaysia yang mempunyai dua lagi wakil, iaitu Ariana Nur Dania Mohd Zairi berada di tangga ke-50 dengan 633 mata, sementara Nurul Azreena Mohd Fazil dengan catatan 622 di tempat ke-60 daripada 64 peserta.


Kesemua mereka dijadual beraksi dalam fasa seterusnya, iaitu menentang lawan masing-masing dalam format penyingkiran Selasa ini.

Comments


bottom of page