Suzie Komitmen Perkukuh Jaringan Akar Umbi Demi Bandau Lebih Baik
- nabalunews
- 2 hours ago
- 1 min read

25 Mei 2025
KOTA MARUDU: Ketua Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Bandau, Suzie Salapan meneruskan agenda pengukuhan akar umbi melalui program “Jejak Ahli UPKO Lama” di Kampung Liabas Taripan pada 22 Mei 2025.
Program ini sejajar dengan visi UPKO CLC Bandau, “Untuk Bandau Yang Lebih Baik” bagi memperkukuh hubungan antara parti dan komuniti setempat.
Ketika kunjungan tersebut, Suzie mengucapkan terima kasih kepada Jimam Mail atas sambutan mesra terhadap rombongan UPKO CLC Bandau serta sokongan berterusan terhadap perjuangan parti. Beliau menekankan bahawa keterbukaan masyarakat membuktikan keyakinan mereka terhadap aspirasi UPKO di peringkat akar umbi.
Sehari sebelumnya, Suzie dan ahli jawatankuasa CLC Bandau turut menghadiri sesi ramah mesra dan perkenalan bersama pemimpin serta jentera Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bongon. Program ini berjaya merapatkan hubungan antara pimpinan parti dan penggerak akar umbi, sekaligus meningkatkan kesatuan organisasi.
Suzie memuji komitmen tinggi Jawatankuasa UPKO PDM Bongon dan para hadirin yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha CLC Bandau. Beliau menyifatkan semangat kerjasama ini sebagai cerminan hasrat warga Bandau untuk melihat perubahan positif.
Menurutnya, program seumpama ini bukan sahaja mengukuh struktur parti, malah menjadi platform memahami isu dan keperluan masyarakat secara langsung.
“Pendekatan mendekati rakyat ini akan terus diutamakan bagi memastikan setiap suara didengari dan setiap keperluan ditangani sewajarnya,” ujarnya.
Usaha berterusan UPKO CLC Bandau ini dijangka dapat menyatukan sokongan rakyat menjelang cabaran politik masa depan. Dengan komitmen teguh dan strategi inklusif, UPKO Bandau bertekad terus berkhidmat untuk kemajuan dan kesejahteraan komuniti.
Comments